FB

Almariku2u Order/Reservation Form

Name:
Email Address:
Contact No.
Order/Item List
Payment to Acc.
Complete Postage Address

This online form was provided by Freedback.

Thursday, November 1, 2012

Dari Lubuk Hati Mama Bundle...

Assalamualaikum/ Salam Sejahtera..

Cantik tarikh hari ni kan..1.11.12 ;) tergerak hati nak buat post yg telah lama ditinggalkan sempena tarikh cantik ni.. blog yg berusia baru nak masuk 3 tahun ni sebenrnya didekasikan buat putera-putera saya yang tercinta Putera Rayyan Shah bin Ahmad Shahfikri dan si jantung hati saya Putera Ryfael Shah bin Ahmad Shahfikri.. blog ni seusia dengan Putera Rayyan yang nak masuk 3 tahun bulan depan, manakala FB kami FB Almariku Bundle Toyz pula seusia Putera Ryfael yang baru nak menjengah 2 tahun awal tahun depan..insyaAllah.. inilah 2 makhluk comel tersebut..


Kenapa saya mulakan bisnes online pada awalnya yang kini telahpun menjadi sebuah kedai dgn 2-3 outlet di Kuching-Samarahan.. Ia adalah sebagai persediaan saya sebagai seorang IBU YANG DIUJI...saya bersyukur dengan ujian dari Yang Maha Esa dengan mengurniakan kami seorang putera yang menghidapi penyakit jantung kongenital Tetralogy of Fallot yang dikesan sejak hari ke 6 kelahirannya. Dilahirkan pra-matang melalui pembedahan diusia kandungan 8 bulan..putera ini benar-benar menguji kekuatan iman dan kesabaran saya yang beberapa kali tewas.. tewas dengan air mata..tewas dengan kekecewaan.. dan menyalahkan takdir..pada peringkat awalnya..dunia macam dah berakhir, hidup dalam kegelapan.. hampir 2 bulan hilang pertimbangan diri dan akhirnya saya bangkit berdiri dan berusaha melupakan segala masalah dengan memulakan perniagaan ini.. 

Saya mula berfikir, keadaan anak yang memerlukan perhatian sepenuhnya ini akan menghalang saya untuk kembali meneruskan kerjaya saya sebagai seorang Pen.Pegawai Antidadah di PUSPEN Kuching setelah tamat cuti bersalin nanti..saya mula memohon cuti tanpa gaji yang dirancang sehingga selesai pembedahan putera jantung hati saya di IJN yg dijangka pada 2013 nanti..malangnya, kelayakan cuti sudah tiada lagi dan tanpa pertimbangan sewajarnya, saya dicadangkan untuk meletak jawatan..

Berbekalkan bisnes kecil saya ini, yang kais pagi makan petang..saya meneruskan langkah berani dan sanggup menempuh apa shj. Tiada apa yg saya takutkan sekarang ini kecuali Yang Maha Esa..ayat "nak jadi apapun jadilah lah" umpama "Kun Fayakun" bagi saya..saya sahut cabaran insan-insan yang tidak memperdulikan kebajikan kami anak beranak..saya jadikan masalah dan ujian saya ini sebagai anjakan paradigma untuk berubah, tiada pergantungan dengan bantuan orang lain 100%, belajar berdiri dgn kaki sendiri.

Saya mungkin antara ibu yang diuji, tapi ada ramai lagi ibu yang diuji lebih hebat di luar sana yang mungkin jauh lebih tabah. Tetapi saya tidak mahu bila tiba masanya nanti, blog ini mahupun FB Almariku Bundle Toyz hanya sebagai method untuk meminta derma / sumbangan semata seperti yang hebat dipraktikkan masa kini.. Saya mahu rangkaian ini menjadi saluran utk DOA dan MOTIVASI dari anda semua buat putera jantung hati saya..selain dari punca pendapatan saya yang satu-satunya kini...
Monolog mama buat sang putera..
"Putera Rayyan Shah - Kita saaayang dedek Papael kan? :)"
" Putera Ryfael Shah - Mama sanggup korbankan apapun utk dedek..ambillah jantung mama sekalipun andai dapat ditukar ganti.."
Salam Maal Hijrah 1434H...
~Mama Bundle~

2 comments:

  1. Kini....akak ikut nad kat blog pulak.....lagi puas baca kat blog......sebenar...dah kehilangan kata2...........sebak sangat akak ni, nad......rasa sayang akak kuat pada anak2 nad...
    Lebih2 lagi..lately nih anak2 akak sering pula jatuh sakit... Allahuakhbar. ..... janganlah saya diuji sebegini........x kuat daya saya wahai tuhanku............

    ReplyDelete
  2. Kak nad mmg seorg yg kuat dan tabah..saya berdoa supaya Allah mengurniakan saya hati sekuat akak..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails