Saturday, April 20, 2013
Thursday, April 18, 2013
Thursday, November 1, 2012
Dari Lubuk Hati Mama Bundle...
Assalamualaikum/ Salam Sejahtera..
Cantik tarikh hari ni kan..1.11.12 ;) tergerak hati nak buat post yg telah lama ditinggalkan sempena tarikh cantik ni.. blog yg berusia baru nak masuk 3 tahun ni sebenrnya didekasikan buat putera-putera saya yang tercinta Putera Rayyan Shah bin Ahmad Shahfikri dan si jantung hati saya Putera Ryfael Shah bin Ahmad Shahfikri.. blog ni seusia dengan Putera Rayyan yang nak masuk 3 tahun bulan depan, manakala FB kami FB Almariku Bundle Toyz pula seusia Putera Ryfael yang baru nak menjengah 2 tahun awal tahun depan..insyaAllah.. inilah 2 makhluk comel tersebut..
Kenapa saya mulakan bisnes online pada awalnya yang kini telahpun menjadi sebuah kedai dgn 2-3 outlet di Kuching-Samarahan.. Ia adalah sebagai persediaan saya sebagai seorang IBU YANG DIUJI...saya bersyukur dengan ujian dari Yang Maha Esa dengan mengurniakan kami seorang putera yang menghidapi penyakit jantung kongenital Tetralogy of Fallot yang dikesan sejak hari ke 6 kelahirannya. Dilahirkan pra-matang melalui pembedahan diusia kandungan 8 bulan..putera ini benar-benar menguji kekuatan iman dan kesabaran saya yang beberapa kali tewas.. tewas dengan air mata..tewas dengan kekecewaan.. dan menyalahkan takdir..pada peringkat awalnya..dunia macam dah berakhir, hidup dalam kegelapan.. hampir 2 bulan hilang pertimbangan diri dan akhirnya saya bangkit berdiri dan berusaha melupakan segala masalah dengan memulakan perniagaan ini..
Saya mula berfikir, keadaan anak yang memerlukan perhatian sepenuhnya ini akan menghalang saya untuk kembali meneruskan kerjaya saya sebagai seorang Pen.Pegawai Antidadah di PUSPEN Kuching setelah tamat cuti bersalin nanti..saya mula memohon cuti tanpa gaji yang dirancang sehingga selesai pembedahan putera jantung hati saya di IJN yg dijangka pada 2013 nanti..malangnya, kelayakan cuti sudah tiada lagi dan tanpa pertimbangan sewajarnya, saya dicadangkan untuk meletak jawatan..
Berbekalkan bisnes kecil saya ini, yang kais pagi makan petang..saya meneruskan langkah berani dan sanggup menempuh apa shj. Tiada apa yg saya takutkan sekarang ini kecuali Yang Maha Esa..ayat "nak jadi apapun jadilah lah" umpama "Kun Fayakun" bagi saya..saya sahut cabaran insan-insan yang tidak memperdulikan kebajikan kami anak beranak..saya jadikan masalah dan ujian saya ini sebagai anjakan paradigma untuk berubah, tiada pergantungan dengan bantuan orang lain 100%, belajar berdiri dgn kaki sendiri.
Saya mungkin antara ibu yang diuji, tapi ada ramai lagi ibu yang diuji lebih hebat di luar sana yang mungkin jauh lebih tabah. Tetapi saya tidak mahu bila tiba masanya nanti, blog ini mahupun FB Almariku Bundle Toyz hanya sebagai method untuk meminta derma / sumbangan semata seperti yang hebat dipraktikkan masa kini.. Saya mahu rangkaian ini menjadi saluran utk DOA dan MOTIVASI dari anda semua buat putera jantung hati saya..selain dari punca pendapatan saya yang satu-satunya kini...
Monolog mama buat sang putera..
"Putera Rayyan Shah - Kita saaayang dedek Papael kan? :)"
" Putera Ryfael Shah - Mama sanggup korbankan apapun utk dedek..ambillah jantung mama sekalipun andai dapat ditukar ganti.."
Salam Maal Hijrah 1434H...
~Mama Bundle~
Wednesday, September 19, 2012
Tuesday, September 18, 2012
Latest Tikar Evamatic Evamat Evamatik Design
Sila klik pada link dibawah untuk katalog terkini Tikar Evamatik dengan harga termurah RM28/pc!
Click For More ;D |
Saturday, September 8, 2012
Saturday, August 11, 2012
UNIMAS House and Rooms FOR RENT (ONLY 3 minutes WALK to UNIMAS)
FOR MUSLIM/FEMALE STUDENT ONLY
(RUMAH BETUL2 DEPAN GATE UNIMAS..TAK PAYAH PENAT JALAN JAUH ;D)
(RUMAH BETUL2 DEPAN GATE UNIMAS..TAK PAYAH PENAT JALAN JAUH ;D)
FURNISHED (GAS STOVE/ DINING TABLE, HOT SHOWER, ETC)
- 1 FULL HOUSE RENT : RM 1 300 (AFFORDABLE FOR MORE THAN 10PAX)
- 4 BEDROOMS & 2 LARGE BATHROOM
- 1 WIDE LARGE MASTER BEDROOM WITH BATHROOM ATTACHED (SUITABLE FOR 3-4 PAX) (RM400 PER ROOM)
- 3 MORE BEDROOMS SUITABLE FOR TWIN SHARING, & (RM300 PER ROOM)
PLEASE CALL/ RESERVATION : 014-879 1992
PLEASE CALL/ RESERVATION : 014-879 1992
Subscribe to:
Posts (Atom)